Wednesday, July 28, 2010

The Downfall of Morality: Masih Bengapkah Mereka?

KL JUL 28 10: SEBUAH laporan antarabangsa disusun oleh Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, mewakili negara industri, merupakan pertama kali mendedahkan catatan buruk tentang moral di Eropah digambarkan begitu tajam.

Laporan itu memuat:

- Angka kehamilan remaja Inggeris adalah yang terburuk di Eropah dan kelima terburuk di Barat;

- Jumlah anak-anak yang hidup dalam keluarga bercerai adalah yang terburuk di Eropah, dan di belakangnya adalah Amerika Syarikat;

- Jumlah orang tua tunggal yang tidak mempunyia pekerjaan merupakan yang tertinggi di Eropah dan yang kedua di dunia industri;

- Tingkat perceraian di Inggeris menempati urutan keempat tertinggi di Eropah;

- Jumlah kelahiran tidak sah luar nikah merupakan keenam tertinggi di benua Eropah.

Norman Wells, dari Family and Youth Concern yang meneliti sebab-sebab dan akibat dari kerosakan keluarga, mengatakan: "Angka-angka ini melukiskan gambaran suram dari sebuah masyarakat dengan nilai-nilai kesenangan singkat, iaitu hubungan seksual lebih tinggi daripada komitmen seumur hidup yang ditanda dengan perkawinan." (dailymail)

***********************

Sebuah gambaran mengerikan tentang rosaknya moral di Eropah. Kerosakan moral yang berat dalam nilai-nilai keluarga. Ungkapan catatan buruk tentang kehamilan remaja. Ramai anak yang hidup dalam keluarga dibesarkan oleh orang tua tunggal kerana perceraian. Ramai ibu-ibu menjadi orang tua tunggal yang menganggur.

Angka perceraian dan kelahiran anak tidak sah di Inggeris juga termasuk yang tertinggi di Barat. Hingga ada yang menganggap adalah terlalu mahal harga promosi pendidikan seks untuk anak-anak muda mereka. Budaya inilah yang berjangkit di Malaysia.

Masih lagi bengap tidak tahu di mana salah silapnya?

Sunday, July 4, 2010

Budak 6 Tahun Ancaman Keselamatan Negara


Seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 6 tahun telah disenaraihitamkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat atas alasan mempunyai kaitan dengan terrorisme.

Menurut satu laporan media Amerika Sayrikat minggu lalu. Kanak-kanak perempuan tersebut bernama Alyssa Thomas yang berasal dari Ohio telah dimasukkan ke dalam senarai dan diketahui oleh keluarganya apabila dihalang untuk menaiki pesawat dari Cleveland ke Minneapolis.

Sekatan tersebut merupakan sesuatu yang amat mengejutkan kerana adalah tidak lojik seorang kana-kanak perempuan yang sentiasa bersama keluarga boleh dikaitkan dengan aktiviti terrorisme.

Bagi keluarga tersebut, “Kami mempunyai anak perempuan dan saya jelaskan bahawa anak itu masih berumur 6 tahun. Mungkin mereka menuduh kakaknya, walau bagaimanapun saya tidak fikir bahawa Alyssa dan kakaknya mengancam keselamatan negara.”

Sebelumnya, Alyssa tidak menghadapi sebarang masalah untuk melakukan perjalanan domestik dengan pesawat, namun oleh kerana syak wasangka kali ini penerbangan domestik untuk mereka sekeluarga telah dilarang atas alasan ada kaitan dengan ancaman keselamatan khususnya terrorisme.

Menurut seorang pegawai di Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan, Lapangan terbang Cleveland, beliau tidak mempunyai bukti kukuh kaitan kanak-kanak terbabit dengan terrorisme, tetapi apa yang dilakukan ialah melaksanakan tanggungjawab untuk menahan orang-orang yang disyaki mempunyai hubungan dengan terrorisme.

Keluarga tersebut yang tidak puas hati sekatan itu telah diminta untuk menghubungi Jabatan Keselamatan Negara bagi mendapatkan penjelasan berhubung dengan sekatan tersebut. Walau bagaimanapun, setelah insiden tersebut berlaku, menurut satu laporan lain kanak-kanak berusia 6 tahun dan keluarga masih tidak dibenarkan menggunakan penerbangan domestic ke mana-mana bahagian dalam Amerika Syarikat.