Sunday, July 4, 2010

Budak 6 Tahun Ancaman Keselamatan Negara


Seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 6 tahun telah disenaraihitamkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat atas alasan mempunyai kaitan dengan terrorisme.

Menurut satu laporan media Amerika Sayrikat minggu lalu. Kanak-kanak perempuan tersebut bernama Alyssa Thomas yang berasal dari Ohio telah dimasukkan ke dalam senarai dan diketahui oleh keluarganya apabila dihalang untuk menaiki pesawat dari Cleveland ke Minneapolis.

Sekatan tersebut merupakan sesuatu yang amat mengejutkan kerana adalah tidak lojik seorang kana-kanak perempuan yang sentiasa bersama keluarga boleh dikaitkan dengan aktiviti terrorisme.

Bagi keluarga tersebut, “Kami mempunyai anak perempuan dan saya jelaskan bahawa anak itu masih berumur 6 tahun. Mungkin mereka menuduh kakaknya, walau bagaimanapun saya tidak fikir bahawa Alyssa dan kakaknya mengancam keselamatan negara.”

Sebelumnya, Alyssa tidak menghadapi sebarang masalah untuk melakukan perjalanan domestik dengan pesawat, namun oleh kerana syak wasangka kali ini penerbangan domestik untuk mereka sekeluarga telah dilarang atas alasan ada kaitan dengan ancaman keselamatan khususnya terrorisme.

Menurut seorang pegawai di Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan, Lapangan terbang Cleveland, beliau tidak mempunyai bukti kukuh kaitan kanak-kanak terbabit dengan terrorisme, tetapi apa yang dilakukan ialah melaksanakan tanggungjawab untuk menahan orang-orang yang disyaki mempunyai hubungan dengan terrorisme.

Keluarga tersebut yang tidak puas hati sekatan itu telah diminta untuk menghubungi Jabatan Keselamatan Negara bagi mendapatkan penjelasan berhubung dengan sekatan tersebut. Walau bagaimanapun, setelah insiden tersebut berlaku, menurut satu laporan lain kanak-kanak berusia 6 tahun dan keluarga masih tidak dibenarkan menggunakan penerbangan domestic ke mana-mana bahagian dalam Amerika Syarikat.



1 comment:

  1. Kalau difikirkan dengan pemikiran spontan..nampak macam tak betul je..tapi kalau kita lihat di negara-negara yang mampunyai konflik dalaman, mungkin ada logiknya..Tapi hamba rasa kita mungkin perlu ambil iktibar dari kenyataan di atas. Apa pon kita perlu jadi ganas..tapi ganas dalam pelajaran dan berfikir yang positif..

    ReplyDelete