Wednesday, September 29, 2010

Media & Peningkatan Indeks Jenayah: Apa Kaitannya?


Adakah pendedahan kepada keganasan di media mengakibatkan peningkatan keganasan di kalangan remaja?

Soalan itu agak menarik dalam konteks masyarakat kita sekarang sedang bercakap mengenai pembunuhan Dato’ Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Penyelidik tidak sepakat dalam hal ini. Ada yang kata “ya.” Ada yang kata, ia bukanlah sesuatu yang konklusif. Bagaimanapun ramai penyelidik yang berhujah bahawa ia mempunyai kaitan.

Prof L. Rowell Huesmann dari University of Michigan mengatakan bahawa hasil penyelidikan selama 50 tahun membuktikan, “that exposure to media violence causes children to behave more aggressively and affects them as adults years later.”

Sementara itu, Andrea Martinez dari University of Ottawa merumuskan bahawa banyak kajian yang menyokong “a positive, though weak, relation between exposure to television violence and aggressive behaviour.”

L. Rowell Huesmann yang mengulas kajian yang dilakukan Australia, Finland, Poland, Israel, Netherlands dan USA melaporkan “the child most likely to be aggressive would be the one who (a) watches violent television programs most of the time, (b) believes that these shows portray life just as it is, [and] (c) identifies strongly with the aggressive characters in the shows.”

Kajian yang dilakukan oleh Kaiser Family Foundation pada tahun 2003 mendapati hampir separuh (47%) ibu bapa yang mempunyai anak-anak di antara 4 hingga 6 tahun melaporkan bahawa anak-anak mereka meniru kelakuan agresif daripada televisyen.

Professor V.B. Cline, R.G. Croft, dan S. Courrier yang mengkaji remaja selama dua tahun melaporkan bahawa remaja lelaki yang menonton televisyen selama lebih 25 tahun seminggu akan kurang sensitif kepada keganasan di dunia nyata berbanding dengan remaja lain yang menonton kurang dari empat jam seminggu. Penyelidik Fred Molitor and Ken Hirsch juga melaporkan bahawa kanak-kanak berkemungkinan mempunyai tolerasi yang tinggi kepada keganasan sekiranya mereka pernah menonton televisyen atau filem yang mengandungi elemen tersebut.

Klik di sini untuk membaca artikel mengenai kajian-kajian yang dinyatakan di atas.

Melihat kepada dapatan kajian-kajian ini, saya fikir elok sekiranya Kementerian Penerangan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengkaji semula siaran televisyen (sama ada percuma atau berbayar) sekiranya kita bersungguh-sungguhnya ingin mengurangkan bilangan jenayah di negara ini.

Walapun Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri menyatakan indeks jenayah keseluruhan turun sebanyak 16.24% bagi Januari hingga Ogos berbanding tempoh yang sama tahun lepas, namun beberapa kes jenayah berprofil tinggi menunjukkan bahawa masih ada yang tidak kena.

Sementara kita boleh memberikan pengiktirafan kepada agensi penguatkuasaan atas usaha-usaha mereka, namun apa yang penting sekarang ialah membanteras jenayah pada peringkat akar umbi. Golongan yang harus diberikan perhatian ialah remaja, dan usaha ini mungkin boleh bermula dengan mengambil tindakan kepada media yang menampilkan keganasan secara berlebihan.

Kata orang tua-tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya!

No comments:

Post a Comment