impian manusia tidak akan berakhir JIKA BENAR DAN TIDAK MUNAFIK.
mungkin benar.... MUNGKIN JUGA SALAH
Assalamualaikum...
BACA, TELITI dan FAHAMI dengan mata
HATI dan mata AKAL. Saya sudah dan saya bertanggungjawab menyebarkannya. Semoga
amanat ini benar dan apa jua diluar kemampuan dan pengetahuan saya, saya
serahkan kepada Allah SWT. Hidup Islam dan rakyat!
Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjelang PRU 13
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Jawapan: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, Salam
1Malaysia.
Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari
masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa
saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.
Jawapan: Saya juga memohon agar rakyat benar-benar dapat
membezakan yang mana berlian dan yang mana batu, agar Putrajaya diwakili oleh
pemimpin yang benar-benar `bersih’ di samping jaminan kesucian Islam dan kedaulatan bangsa dan
negara sentiasa ditegakkan.
Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan
yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya
dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia
dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita
semua.
Jawapan: Agak pelik dengan sdra, perjuangan
peribadi hendak dijadikan perjuangan negara. Sepatutnya sebagai pemimpin, teras
perjuangan hendaklah berteraskan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara
Malaysia. Baginda Nabi Muhammad menjadi pemimpin tidak pernah menjadikan isu
peribadi sebagai perjuangan negara. Nabi difitnah sebagai seorang penipu dan
pembohong oleh bapa saudaranya, tetapi ia bertindak bijak dengan memaparkan
keperibadian yang bersih dan tulus sehingga kaumnya dan bangsa lain mengelarnya
AL AMIN. Sebaliknya sdra digelar dengan pelbagai gelaran yang cukup sinonim dengan
perlakuan sdra lakukan. Ia bukan lagi fitnah dan pembohongan besar!. Ini
menyebabkan rakyat kehilangan keyakinan dan kepercayaan kepada sdra.
Saya pernah dituduh liwat beberapa
tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya
tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh
musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret
semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya
telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap
mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.
Jawapan: Mahkamah sebenar adalah di Padang Mahsyar nanti.
Tuhan yang Maha Esa tidak lagi memerlukan saksi atau DNA, malah tangan, kaki,
kulit dan segalanya akan bercakap untuk membuktikan kebenarannya. Yang pasti kebatilan tidak akan dapat lagi
dinafikan dengan pelbagai alasan.
Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa
Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan
sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa
meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya
dan keluarga ketika itu?
Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan
pelbagai amalan MUNGKIN keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya
Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja
mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur
dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video
pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di
link youtube ini:
Jawapan: Sdra juga ada membuat kenyataan
ini di Australia dalam persidangan Perth Inter-Faith Conference pada 10-12 Julai 2009. Buku keagamaan yang mana sdra
baca?. Namun yang menyedihkan amalan
agama semasa berada di penjara belum dapat memberi cahaya sebenar kepada
kehidupan sdra sekarang. Pelbagai niat dan gerak-geri sdra menunjukkan sdra
semakin menyimpang dan tersasar dari landasan agama Islam secara langsung atau
tidak langsung. Sdra merelakan ke Thailand untuk mendapatkan `manderam’,
`dinandekkan’ oleh penganut Hindu di Kuala Lumpur dan berbagai lagi yang
menyimpang akidah.
Apabila satu persatu tembelang BN
terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula
mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak
pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari
selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6
tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah
nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan
kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.
Jawapan: Sdra tidak pernah serik. Kesalahan pertama tidak
pernah mengajar sdra menjadi sedar dan berbalik ke pangkal jalan yang benar.
Menyalahkan orang lain dan parti tidak membuat kita kemana-mana.
Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang
telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan
terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya
dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar,
stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya
secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa
saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya
buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya
benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh
‘orang’ yang berkuasa.
Jawapan: Berbuat baik atau tidak baik TIDAK pernah
bergantung kepada tempat, masa atau sebagainya SEBALIKNYA ia bergantung
kepada NIAT (NAWAITU). Sdra telah
mempunyai ruang yang seluas-luasnya seperti siaran akhbar KeAdilan, ruang siber,
ceramah dan mengadakan demonstrasi
bertali arus di seluruh negara. Malah setengah akhbar media utama juga memberi
ruang kepada sdra untuk menyuarakan pendapat. Tidakkah ini sebenarnya berpihak
kepada sdra?. Cumanya masyarakat kini telah sedar mengenai pembohongan dan
penipuan yang menyebabkan sdra ditolak dan dihindari. PRU 13 akan membuktikan
bahawa parti dan sdra akan terkubur selama-lamanya.
Saya menolak untuk bersumpah kerana
bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah
yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan
sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu
bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa,
beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati
dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh.
Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana
mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu.
Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA
terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.
Jawapan: Kenapa sdra tidak berani
membuat sumpah serupa bagi membuktikan sdra tidak melakukan perbuatan yang
dilaknati ALLAH. Bersumpah kerana Benar, Tidak Bersumpah kerana Bersalah.
Kejadian seperti Mati dan bencana sakit itu dari Ketentuan ILLAHI. Ajaran mana
yang sdra tahu bahawa kematian dan jatuh sakinya seseorang itu adalah dari
fitnah sdra. Sdra telah melangkaui Ketentuan ILLAHI. A’UZUBILLAH. Kalau betul-betul sdra di pihak yang tidak
bersalah, berikan saja DNA. Sdra kerap memberi alasan demi alasan yang tidak masuk akal malah sentiasa
menyimpan sifat curiga mencurigai terhadap orang lain. Bukankah
keadaan `berhati-hati’ itu menunjukkan bahawa ada ruang untuk menentukan ia
dilaksanakan secara betul dan telus.
Andaikata benarlah saya ini ‘kaki
liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di
luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a
free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya
boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa
harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana
saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai.
Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat
buat saya dan keluarga.
Jawapan: Bezanya
hanyalah TIDAK ADA ORANG YANG RAKAM
sepertimana Video Dato T!. Sdra benar-benar KANTOI kerana sdra tidak dapat
bezakan antara gambar imbasan dan bayang-bayang.
Justeru itu saya berazam untuk
menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak
berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan
menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar
kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang
turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda
‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan
bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan
Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.
Jawapan: Sebenarnya, ruang untuk sdra meluahkan
segala-galanya telah sdra gunakan selama ini melalui pelbagai landasan seperti
ceramah, demonstrasi dan media siber. Ketahuilah bahawa masyarakat (khususnya
orang Melayu/Islam) telah sedar dan memahami perjuangan politik sdra tidak akan
membenarkan sdra menyentuh apatah lagi menawan Purtajaya. Masyarakat mengetahui
bahawa kalau sdra menawan Putrajaya, semakin celarulah negara ini. Sdra akan
gunakan KUASA bercampur NAFSU SYAITAN sdra untuk melakukan apa sahaja, malah lebih
dasyat yang akan hanya membawa bahana besar kepada agama, bangsa dan negara.
Sekarang pun, bangsa lain telah bangkit mempersoal, menghina dan mencaci kesucian Islam dan bangsa Melayu secara
meluas tanpa batasan. Bukankah ini benar-benar membuktikan KEJAHILAN pemimpin Islam PAS dan PKR sedangkan ia
sepatutnya memperjuangkannya.
Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki
harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara.
9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana
Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat
bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika
itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia
adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum
Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan
khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.
Jawapan: Sdra juga mempunyai `himpunan’
kekayaan melalui pelbagai proxy dan syarikat. Keluarga dan rakan sdra juga
menikmati segala-galanya (tidak perlu dinyatakan disini). Cumanya ada antara
rakan-rakan sdra telah berpisah kerana benci dan loya dengan tindak tanduk sdra.
Mereka menyedari tindakkan sdra telah melangkaui prinsip amalan perjuangan yang
suci dan telus.
Kami, pemimpin Pakatan Rakyat
berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut
'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang
'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'.
Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan
negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya.
Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa
nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!
Jawapan: Mengambarkan diri sendiri sebagai `kurang dana’
adalah tidak bijak. Masyarakat mengetahui bahawa kaitan sdra dengan American
Jewish Committee, Endowment for Democracy sudah cukup membuktikan sdra mendapat
`punca’ yang berlimpah-limpah. Begitu juga kesepakatan dan perjanjian syiatan sdra
dengan DAP akan memberikan `kelebihan
dan keutamaan’ untuk sdra mendapat apa sahaja asalkan matlamat DAP dapat
dicapai mengunakan `mulut’ sdra tanpa
sdra sedari.
Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah
berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat
Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM?
Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN
terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana
‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di
bawah ini:-
PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab
kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan
apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang
(orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat
(lagi berdusta),
Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes
Pembunuhan Altantuya:
Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis
bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui
'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga
merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.
Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri
Malaysia.
Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan
Malaysia / pemilik 'Perimekar'.
Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di
pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di
pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.
Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan
dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).
Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan
berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.
Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan
dengan C4.
Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada
di tempat kejadian letupan bom C4.
Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.
Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato
Seri Mohd Najib.
Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan
oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang
tertentu bagi menutup konspirasi ini.
Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya
terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki
Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes
perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau
'berbohong' dan untuk survival siapa?
Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:
Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang
juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali
Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif'
untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh
sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam
konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh
mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim
mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam
usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.
Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana
beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan
kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk
mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya
pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik
Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion
dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari
kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan
Tentera Laut Malaysia.
Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia
dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai
kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan
Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya).
Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi,
'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik.
Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda
anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan
nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.
Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda?
Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang
berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi
Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel
Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam
'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia
melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya'
ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif
sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu
untuk telahan fakta berikutnya.
Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali
dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan
umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa
Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam
berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya
walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah
mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di
mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung
penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.
Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg
mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan.
Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya
sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana
keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu
tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd
Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya.
Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab
BESAR disebalik semua itu.
Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya
perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa
komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang
dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta),
jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa
sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh
untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah
beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah
suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel
Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.
C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd
Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan
Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera
Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak
serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM'
ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa
dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.
Apakah anda mengandaikan semua
barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal
sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka
bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika
benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta
sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?
Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan
kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan
'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri.
Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan
empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan
lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun
terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan
Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang
yang zalim' ini.
Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin
mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua
terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang
mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka
kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk
melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara
mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup
terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka
dari 'orang yang zalim' itu.
Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada
akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak
yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik
terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong
mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang
zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan
Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.
Jawapan: Ada baiknya sdra menerangkan bagaimana gerombolan
BERSIH 3.0 menodai kesucian Kota Mekah dan Medina. Tindakkannya benar-benar
melampui batasan agama sehingga kesucian kota Mekah dan Medina tidak terlepas
dari nafsu politik syaitan. Tentunya musuh-musuh Islam (khususnya Ambiga,
Karpal Singh, LGE di Malaysia) berasa megah dan bangga kerana mereka tidak
perlu ke sana untuk menghancurkan kesucian tempat ibadat orang Islam seluruhnya.
(Surah Al-Fil menceritakan segala-galanya. Tidakkah ini menunjukkan amalan
musuh Islam secara halus yang mahu menghancurkan agama Islam secara sedar atau
tidak sedar?. Nabi dan pejuang Islam bermati-matian mempertahankan kesucian
kota ini dari serangan musuh Islam tetapi kini ada golongan pemimpin Islam (PAS
dan PKR) merelakan kesucian dinodai sewenang-wenangnya atas nama perjuangan politik.
Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan,
yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua
mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka
sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit
mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum
nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan
bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat
itu.
Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali
mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu
zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi
kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah
membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka
yang melakukan kebathilan (Mungkar).
Jawapan: Bersetuju. Tepuk dada tanya selera, wajarkah
manusia yang bertopengkan agama disokong menjadi pemimpin negara Islam
sedangkan ia bergelumang dengan dosa pelakuan seks, liwat , membenarkan LGBT?,
membenarkan kesucian agama dicaci dan dihina oleh bangsa bukan Islam. TENTUNYA
TIDAK
Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta)
sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi
sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai
pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya
Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
Jawapan: Benar, bukankah pemimpin Islam PKR yang bersekongkol
dengan pemimpin DAP (kafir), parti yang benar-benar menolak agama Islam sebagai
Agama Rasmi Persekutuan. Siapa yang menyingkirkan Dr Hassan Ali kerana
tindakkannya menyerbu pusat penjualan arak dan pelacuran serta pembongkaran
aktiviti murtad di kalangan orang Islam di Selangor. Bukankah Zulkifli
Samad yang lantang menentang tindakan JAKIM menghalang penyebaran AL-KITAB
dalam bahasa Melayu?. Siapakah yang mendiamkan diri bila Nga `menghina’ ayat
Al-Quran. Siapakah yang menjadi `kaku’ bila pemimpin DAP mempersoalkan azan di
Puchong dan di P.Pinang?, maka bertetapanlah dengan firman Allah… Barangsiapa
di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu
termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim.
Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan
bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan
datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang
berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan
mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya
itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak
akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat
Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.
Jawapan: Benar, malah (antara) pemimpin yang dinyatakan
adalah manusia yang dikenali sebagai ANWAR IBRAHIM.
Sudah jelas bahwa Allah dan
Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah
penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga
nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada
kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama
UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka
jahannam?".
Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita
serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak
menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan
tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi
menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan
kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah
Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar
semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada
orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz
dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja,
akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum
seseorang pemimpin itu wajar disokong.
Jawapan: Benar, Rasullullah SAW diutus bagi menyempurnakan
akhlak KITA!, tapi bagaimana dengan sdra, adakah dah sempurna dan mempunyai
sifat terpuji?. Cukup mudah menghina dan mencaci orang lain sedangkan sdra
tidak menyedari ianya berpalit kepada diri sendiri.
Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam
menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka
terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah
Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya,
antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri
utama:-
1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau
tidak?
4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau
tidak?
Jawapan: Lihat juga jika suaminya samada dia melakukan zina
dan liwat?, melakukan huru-hara untuk menghancurkan negara, membenarkan kaum bukan
Islam menghina Islam.
Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan
watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama
dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di
atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan
kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang
harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai
individu pemimpin berkenaan seterusnya.
Akhirkata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share'
amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada
dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat
handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat
ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh
pemimpin-pemimpin tertentu.
Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit
memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang
bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh!
Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap
dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada
sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan
lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga.
Jawapan: Sudah terbukti bahawa sdra dan pemimpin DAP, PAS
dan PKR bukanlah golongan yang yang diharapkan untuk memperjuangkan nasib
bangsa, agama dan negara. Terlalu banyak bukti
kebatilan, kesengsaraan dan penghinaan yang telah dilakukan sehingga
kini dan ianya akan berulang jika tampuk negara diserahkan. Ayuh!, atas nama
bangsa MELAYU dan agama ISLAM kita gengamkan niat dan kudharat hancurkan
kesepakatan syaitan demi menjamin kesejahteraan bangsa dan kesucian agama.
Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti.
Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk
Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di
kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada
Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta
wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.
Janganlah 'terpedaya' atau
'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa
ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin
BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah
kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya,
anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik
mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan
pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu
menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan
kepada negara dan rakyat Malaysia.
Jawapan: Rakyat benar-benar berterima kasih di atas segala
bantuan kerajaan memerintah. Kerajaan memerintah sedia ada bukan sahaja sekadar
mendengar malah membela rakyat yang memerlukan. Sebaliknya Pakatan Pembangkang
hanya `diperbodohkan’ dan di`saji’kan dengan janji kosong dan pembohongan. Bangkitlah, hancurkan Pakatan Pembangkang
untuk kesejahteraan umat dan kemakmuran negara.
Sedarlah, wahai rakyat Malaysia, bahawa Anwar Ibrahim
membelit dan penipu!!!! Oleh: Manusia
Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!! Oleh: Anwar Ibrahim
mari kita bangkit! done follow - Noob
ReplyDeleteah ko ni bersepah2 la noob
ReplyDeletemenyampah gua
bro, kalo ko rajin, aku boleh bg ko transkrip mahkamah kes azilah tu. ko akan nampak lompang perbicaraan tu sendiri