ATM sentiasa menghormati hak kebebasan mengundi secara Undi Pos warga ATM seperti termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 Seksyen 16.
Sistem pengundian Undi Pos tentera sememangnya berteraskan kepada prosedur yang sedia diamalkan sejak Pilihan Raya Umum Pertama lagi dan ianya selaras dengan proses yang dipraktikan oleh Negara-negara lain yang mengamalkan system demokrasi. Malahan ATM telah bersetuju untuk melaksanakan proses pengundian awal dimana proses pengundian yang dilaksanakan adalah serupa sepertimana yang dilaksanakan oleh Pengundi awam. Perbezaan ialah ia dilaksanakan di dalam kem dan dilaksanakan libih awal dari tarikh pilihanraya umum. Proses pengundian dan pengendalian peti undi turun disaksikan oleh wakil parti yang bertanding serta pihak pemerhati bebas.
Berhubung rancangan penubuhan Kompeni Askar Wataniah bagi setiap kawasan Parlimen, meraka ini merupakan anggota simpanan yang akan mengundi mengikut proses pengundi awam. Namun begitu,meraka boleh dimobilisasikan dalam keadaan tertentu bila mana khidmat mereka diperlukan untuk mempertahankan Negara.
Proses pengundian dilaksanakan oleh ATM adalah bersih, telus dan profesianal tanpa ada unsur campurtangan oleh semua lapisan kepimpinan ATM. Dalam hubungan ini, YAB Perdana Menteri telah menwujudkan Jawatankuasa Pemilih Perlimen bagi member ruang kepada semua pihak untuk menyuarakan pandangan/komen. Mengapa landasan ini tidak digunakan untuk membahaskan isu ini.
Dewasa ini terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mencemarkan imej ATM melalui pelbagai usaha untuk meracuni pemikiran rakyat dan cuba mengkis keyakinan dan sokongan rakyat terhadap ATM yang sentiasa berpendirian apolitical. Sejak kebelakangan ini jelas telah berlaku tindakan membocorkan rahsia ketenteraan serta penyebaran fakta yang tidak benar berhubung keberkesanan dan kemampuan system persenjataan ATM. Tindakan seumpama ini bukan sahaja telah mendedahkan rahsia ketenteraan kepada pihak-pihak berkepentingan yang sentiasa ingin mengetahui kemampuan ATM, malah yang lebih buruk ialah menggoyahkan keyakinan warga ATM terhadap system persenjataan yang sedia ada.
Tindakan-tindakan seumpama ini boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan pengkhianatan dan harus dihentikan secara serta merta. ATM sebagai benteng terakhir pertahanan Negara harus didokong dan diberi sokongan pada oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan politik.
ATM tidak sekali-kali terlibat dalam urusan politik malah kekal sebagai perisai Pertahanan Negara tanpa dicemari (undermind) oleh sebarang unsure negative yang dapat melemahkan keupayaan ATM serta member ruang kepada bakal musuh Negara untuk kedaulatan Negara.
Diharap semua pihak tidak menjadikan ATM sebagai scapegoat dalam meraih sokongan dan memenuhi kepentingan mereka. Tindakan ini sepertimana yang telah dijelaskan terdahulu adalah bersifat satu pengkhianatan.
`How can we be loyal to you if you are disloyal to us’??.
No comments:
Post a Comment