Friday, August 19, 2011
UCAPAN SIDANG AKHBAR PANGLIMA ANGKATAN TENTERA PADA 18 OGOS 2011
Wednesday, August 17, 2011
PAK-FA Sukhoi T-50: Tentera Russia Tunjuk Jet Pejuang Terbaru
Tuesday, August 9, 2011
Komunis Pendukung Kemerdekaan Malaysia? : Bahagian III
PKM juga tidak pernah menyokong kemerdekaan Malaysia dan menentang Perlembagaan Negara yang memperuntukkan hak serta peruntukan tertentu bagi memberi keadilan dan kesaksamaan kepada kaum pribumi di Malaysia. PKM juga ternyata angkuh dan menunjukkan kekuatan senjata serta ideloginya bilamana menolak dua kali tawaran kerajaan untuk mereka menyerah diri iaitu semasa Rundingan Baling 1955 dan semasa Negara ini mencapai kemerdekaan. Manakala semasa perjanjian damai di Hadyai, Thailand pada 1 Disember 2009, pihak PKM masih tegas enggan membubarkan parti serta ideologi komunis mereka justeru membuktikan bahawa PKM menolak semangat patriotik dan enggan untuk taat setia Yang Di Pertuan Agong dan Negara.
Amat menghairankan kerana masih terdapat segelintir pihak masih cuba mengagung-agungkan perjuangan komunis sehingga tergamak untuk menutup kebenaran dan sanggup menempelak pihak kerajaan yang dikatakan zalim dan tidak berperikemanusiaan kerana tidak memberi peluang kepada Chin Peng untuk pulang ke tanah air. Harus diingat bahawa, kekejaman komunis akan terus terpahat di dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia dan watak pelaku, penyokong dan pendokong kekejaman tersebut tidak kira daripada bangsa apa sekalipun akan terus dibenci dan sama sekali tidak berhak diangkat sebagai pejuang kemerdekaan Malaysia.
Komunis Pendukung Kemerdekaan Malaysia? : Bahagian II
PKM yang didokong oleh Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) yang juga dikenali sebagai Bintang Tiga telah memulakan aktiviti perkauman dan kezaliman mereka ke atas orang Melayu yang dianggap bersengkongkol dengan Jepun mencapai kemuncaknya selama 14 hari iaitu dari 15 Ogos 1945 hingga 3 September 1945 apabila Jepun menyerah kalah dalam Peperangan Dunia Kedua. PKM turut bertanggungjawab menyemarakkan konflik perkauman dan pelampau kerana tidak bersetuju dengan pelan kemerdekaan Tanah Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 sebagai asas Perlembagaan Malaysia yang mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu.
Ekoran pelaksanaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, pihak komunis menganggap orang Melayu berjaya mengalahkan gerakan komunis bersenjata yang didominasikan oleh orang Cina apabila pihak British mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu, peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam dan hak istimewa orang-orang Melayu. Inilah mulanya penentangan secara pelampau perkauman kaum Cina khasnya dari PKM terhadap perkara tertentu dalam perlembagaan yang dianggap menyebelahi orang Melayu.
bersambung....
Komunis Pendukung Kemerdekaan Malaysia? : Bahagian I
Kisah kekejaman pengganas komunis dan perjuangan kerajaan yang memerintah menghapuskan aktiviti pengganas sejak zaman darurat (1948-1960) hingga ke tahun 1980-an masih mampu diingati oleh generasi era itu dengan terperinci dan jelas seperti darah pejuang yang mengalir akibat disembelih hidup-hidup oleh pengganas yang buta hati. Ketika itu nama Chin Peng dan Rashid Maidin sentiasa meniti dari bibir ke bibir penduduk bukan kerana mereka mengagung-agungkan kedua-duanya atau terlalu menghormati bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) tersebut, tetapi disebabkan gerun dengan imej kejamnya. Cerita-cerita ngeri mengenai anggota pasukan keselamatan yang terkorban kerana bertempur dengan pengganas komunis ini sering dipertuturkan dan dipertontonkan kepada umum. Imej ganas dan kejam PKM pimpinan Chin Peng yang kesannya masih dirasai hingga ke hari ini terutama oleh mereka yang terlibat secara langsung dan menjadi saksi kekejaman tersebut.
Persoalannya, mengapa masih ada segelintir pihak seolah-olah buta sejarah dan masih beranggapan bahawa bekas anggota komunis wajar mendapat kebajikan dan perhatian yang sewajarnya sebagai bekas pejuang di atas dasar ‘perjuangan’ mereka menentang pendudukan British di Tanah Melayu? Keadaan ini dapat dibuktikan dengan gesaan buta tuli yang dibuat oleh perwakilan PAS dari Batu, Zabur Nawawi yang menggesa agar melayu-melayu ‘komunis’ harus dipertimbangkan sebagai pejuang kerana mereka juga berjuang untuk kemerdekaan negara.... mereka bukan komunis. Mereka hanya bekerjasama dengan bintang tiga (Parti Komunis Malaya). Saya tidak menolak kerajaan Britain dan perikatan ketika itu mengeksploitasikan kumpulan Melayu ini dan melabelkan mereka sebagai komunis.
bersambung...
Thursday, August 4, 2011
12 Fakta Kesan Pornografi Terhadap Otak!
Mungkin selama ini kita hanya di ajar kesan melihat filem pornografi akan menyebabkan gelap hati, dan lemah daya ingatan tetapi dalam seminar mengenai kesan pornografi terhadap kerosakan otak di Jakarta, ahli bedah saraf dari Hospital San Antonio, Amerika Syarikat, Donald L. Hilton Jr MD mengatakan bahawa ketagihan pornografi mengakibatkan otak bahagian tengah depan yang disebut Ventral Tegmental Area (VTA) secara fizikalnya mengecil.
Hilton berkata,
“Pornografi menimbulkan perubahan tetap pada neorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan. Ini yang membuat orang-orang yang sudah kecanduan tidak dapat lagi mengawal perilakunya, serta ketagihan pornografi juga menimbulkan gangguan memori. Keadaan itu, tidak terjadi secara cepat dalam waktu singkat namun melalui beberapa tahap yakni ketagihan yang diikuti dengan tindakan impulsif, ekskalasi ketagihan, desensitisasi dan akhirnya penurunan perilaku.Dan kerosakan otak akibat kecanduan pornografi adalah yang paling serius, lebih serius dari ketagihan kokain (dadah).”
Berikut merupakan 12 fatamorgana tentang pornografi yang tercipta secara tidak sengaja oleh otak kita:
1. Pornografi memberi makan pada ‘keinginan mata’ dan ‘keinginan daging’ yang tidak akan pernah dapat dipuaskan. Pornografi hanya akan membuat ‘penontonnya’ minta tambah, tambah, dan tambah lagi. Secara mudah, pornografi memperbodohkan orang dengan nafsunya dan membuka pintu terhadap segala jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan, kekerasan, kepahitan, kebohongan, iri hati, pemaksaan, dan keegoan.
2. Pornografi membuat cara berfikir seseorang dipengaruhi dengan seks semata. Fikiran seks akan menguasai alam luar sedar mereka. Gambar berbau seks akan melekat pada otak mereka, sehingga pada ketika seseorang memutuskan untuk berhenti melihat pornografi pun, gambar-gambar yang pernah dia lihat dimasa lalu akan bertahan sampai beberapa tahun bahkan selama-lamanya.
3. Pornografi menjadi medan promosi terhadap praktik seksual yang menyimpang. Contohnya, laman porno internet biasanya terhubung dengan laman porno yang lebih progresif seperti homoseks, pornografi kanak-kanak, seks dengan haiwan (bestiality), perkosaan dan lain-lain yang membuatkan orang-orang tertentu terganggu secara mental dan tercabar untuk mencubanya. Dengan demikian, makin banyaklah perilaku seks menyimpang dalam masyarakat.
4. Pornografi membuat seseorang terpicu untuk lebih suka melayani diri sendiri dibanding orang lain. Masturbasi / onani adalah contohnya. Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi yang dapat membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya pada orang lain. Pornografi biasanya membuat orang kecanduan masturbasi / onani.
5. Pornografi akan membawa seseorang terhadap penggunaan waktu dan wang dengan sangat buruk. Sedikit ada waktu terluang atau wang lebih, akan dihabiskan untuk memuaskan hawa nafsunya.
6. Dengan sering melihat laman porno atau membeli filem / majalah porno, orang-orang tersebut mendukung perkembangan industri pornografi yang biasanya dikelola oleh ‘kejahatan terorganisasi’ yang mencari wang dengan cara haram.
7. Terbiasa melihat pornografi akan merosakkan hubungan orang tersebut dengan sekelilingnya, dalam hal ini keluarga atau orang-orang terdekatnya.
Pada hubungan kekasih, hubungan yang berkembang menjadi tidak sihat. Orang yang terlibat pornografi akan menyalahkan kekasihnya pada tindakan-tindakan seksual yang mereka lakukan. Padahal masalah itu terdapat pada peribadinya sendiri, dan pasangannya adalah si ‘mangsa’. Pada pasangan yang telah menikah, ini akan memicu ketidakpuasan seksual dan praktik seksual yang menyimpang sehingga mengarah ke arah ketidakharmonian keluarga, bahkan perceraian.
8. Dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang sebelumnya aktif dan kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan.
9. Pornografi dapat merosak hubungan seksual dengan pasangan kerana terbiasa membayangkan orang lain dalam hubungan seksual. Imaginasi adalah salah satu kesan pornografi yang sangat kuat. Nilai dan kemurnian seksual sesungguhnya menjadi rosak.
10. Melihat pornografi akan membuat seseorang menjadi sering berbohong. Orang yang terikat dengan pornografi akan menyimpan kebiasaannya ini sebagai rahsia, sehingga dengan berbohong dia dapat menyembunyikan rasa malunya dan menghindari kritik dari lingkungannya. Ke mana pun dia pergi, dia akan cenderung memakai ‘topeng’.
11. Pornografi akan membawa seseorang pada konsekuensi spiritual yang serius. Tekanan dan kebingungan akan memenuhi hidupnya. Pornografi membawa kekuatan jahat yang akan mengawal dan mendominasi penontonnya. Sekali saja seseorang melihat pornografi, itu akan membawanya semakin dalam. Nilai moral yang benar makin lama makin pudar, sehingga timbul standard ganda yang membingungkan.
12. Pornografi akan membuat seseorang mempercayai semua kebohongan yang ditawarkan oleh pornografi sendiri.
Mungkin pornografi kini dah jadi kebiasaan, tetapi ianya perlulah di bendung kerana banyak keburukan yang ditawarkan daripada kebaikan.
http://selangor2u.com/blog/tahukah-anda/12-fakta-kesan-pornografi-terhadap-otak/#axzz1U7krRgmN