Wednesday, August 17, 2011

PAK-FA Sukhoi T-50: Tentera Russia Tunjuk Jet Pejuang Terbaru

MOSCOW, 17 Ogos 2011 - Julung kalinya Rusia mula menunjukkan jet pejuang stealthterbaru pada pertunjukan udara (Airshow and Aviasalon, Zhukovsky, Moscow) MAKS 2011 di Moscow.
Menurut sumber media RIA Novosti, jet pejuang Sukhoi T-50 ini dibangunkan hasil kerjasama di antara Rusia dan India sejak tiga tahun lalu.
Ketua Turus Angkatan Tentera Rusia, Jeneral Alexander Zelin melaporkan prototaip T-50 ini akan siap pada pertengahan tahun 2013 dan akan dikeluarkan secara rasmi kepada pihak tentera Rusia pada 2014-2015.


Zelin juga mengesahkan Sukhoi T-50 akan menjadi jet pejuang utama bagi tentera udara kerajaan Rusia dan India.
Sumber juga melaporkan perbelanjaan membangunkan jet pejuang ini hampir menelan belanja USD 6 bilion bagi kedua-dua negara dimana kerajaan India menanggung 35 peratus kos pembangunan.
Sukhoi T-50 'stealth' ini merupakan jawapan dan pesaing utama jet pejuang keluaran Amerika Syarikat, F-22 Raptor - RIA Novosti.



Sukhoi T-50

Length: 22.0m
Wingspan: 14.2m
Top Speed: Mach 2.0
Range: 5,500km
Armament: 2x30mm cannon + 16xmissiles/bombs

F-22 Raptor

Length: 18.9m
Wingspan: 13.5m
Mach: 2.25
Range: 2,960km
Armament: 1x20 mm cannon + 12 missiles/bombs


No comments:

Post a Comment