Kisah kekejaman pengganas komunis dan perjuangan kerajaan yang memerintah menghapuskan aktiviti pengganas sejak zaman darurat (1948-1960) hingga ke tahun 1980-an masih mampu diingati oleh generasi era itu dengan terperinci dan jelas seperti darah pejuang yang mengalir akibat disembelih hidup-hidup oleh pengganas yang buta hati. Ketika itu nama Chin Peng dan Rashid Maidin sentiasa meniti dari bibir ke bibir penduduk bukan kerana mereka mengagung-agungkan kedua-duanya atau terlalu menghormati bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) tersebut, tetapi disebabkan gerun dengan imej kejamnya. Cerita-cerita ngeri mengenai anggota pasukan keselamatan yang terkorban kerana bertempur dengan pengganas komunis ini sering dipertuturkan dan dipertontonkan kepada umum. Imej ganas dan kejam PKM pimpinan Chin Peng yang kesannya masih dirasai hingga ke hari ini terutama oleh mereka yang terlibat secara langsung dan menjadi saksi kekejaman tersebut.
Persoalannya, mengapa masih ada segelintir pihak seolah-olah buta sejarah dan masih beranggapan bahawa bekas anggota komunis wajar mendapat kebajikan dan perhatian yang sewajarnya sebagai bekas pejuang di atas dasar ‘perjuangan’ mereka menentang pendudukan British di Tanah Melayu? Keadaan ini dapat dibuktikan dengan gesaan buta tuli yang dibuat oleh perwakilan PAS dari Batu, Zabur Nawawi yang menggesa agar melayu-melayu ‘komunis’ harus dipertimbangkan sebagai pejuang kerana mereka juga berjuang untuk kemerdekaan negara.... mereka bukan komunis. Mereka hanya bekerjasama dengan bintang tiga (Parti Komunis Malaya). Saya tidak menolak kerajaan Britain dan perikatan ketika itu mengeksploitasikan kumpulan Melayu ini dan melabelkan mereka sebagai komunis.
bersambung...
No comments:
Post a Comment