Tuesday, August 9, 2011

Komunis Pendukung Kemerdekaan Malaysia? : Bahagian III


PKM juga tidak pernah menyokong kemerdekaan Malaysia dan menentang Perlembagaan Negara yang memperuntukkan hak serta peruntukan tertentu bagi memberi keadilan dan kesaksamaan kepada kaum pribumi di Malaysia. PKM juga ternyata angkuh dan menunjukkan kekuatan senjata serta ideloginya bilamana menolak dua kali tawaran kerajaan untuk mereka menyerah diri iaitu semasa Rundingan Baling 1955 dan semasa Negara ini mencapai kemerdekaan. Manakala semasa perjanjian damai di Hadyai, Thailand pada 1 Disember 2009, pihak PKM masih tegas enggan membubarkan parti serta ideologi komunis mereka justeru membuktikan bahawa PKM menolak semangat patriotik dan enggan untuk taat setia Yang Di Pertuan Agong dan Negara.

Amat menghairankan kerana masih terdapat segelintir pihak masih cuba mengagung-agungkan perjuangan komunis sehingga tergamak untuk menutup kebenaran dan sanggup menempelak pihak kerajaan yang dikatakan zalim dan tidak berperikemanusiaan kerana tidak memberi peluang kepada Chin Peng untuk pulang ke tanah air. Harus diingat bahawa, kekejaman komunis akan terus terpahat di dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia dan watak pelaku, penyokong dan pendokong kekejaman tersebut tidak kira daripada bangsa apa sekalipun akan terus dibenci dan sama sekali tidak berhak diangkat sebagai pejuang kemerdekaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment