Tuesday, August 9, 2011

Komunis Pendukung Kemerdekaan Malaysia? : Bahagian II



Jelas bahawa kenyataan tersebut dibuat tidak berlandaskan rasionaliti, membabi-buta dan benar-benar telah mempamerkan kecetekkan ilmu beliau kerana sejarah membuktikan bahawa mereka (anggota komunis) bertanggungjawab di atas pembunuhan kejam rakyat sepanjang darurat selama 12 tahun iaitu dari 1948 hingga 1960 dan bukanlah bertujuan untuk memerdekakan negara. Menurut Gordon P. Means (Professor Emeritus Sains Politik dari Universiti McMaster), kekejaman komunis di Malaysia telah mengorbankan sebanyak 11,609 orang termasuk 1,345 anggota keselamatan dan 2,473 orang awam. Angka ini tidak termasuk mereka yang cedera dan derita sepanjang hayat akibat kekejaman komunis.


PKM yang didokong oleh Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) yang juga dikenali sebagai Bintang Tiga telah memulakan aktiviti perkauman dan kezaliman mereka ke atas orang Melayu yang dianggap bersengkongkol dengan Jepun mencapai kemuncaknya selama 14 hari iaitu dari 15 Ogos 1945 hingga 3 September 1945 apabila Jepun menyerah kalah dalam Peperangan Dunia Kedua. PKM turut bertanggungjawab menyemarakkan konflik perkauman dan pelampau kerana tidak bersetuju dengan pelan kemerdekaan Tanah Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 sebagai asas Perlembagaan Malaysia yang mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu.


Ekoran pelaksanaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, pihak komunis menganggap orang Melayu berjaya mengalahkan gerakan komunis bersenjata yang didominasikan oleh orang Cina apabila pihak British mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu, peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam dan hak istimewa orang-orang Melayu. Inilah mulanya penentangan secara pelampau perkauman kaum Cina khasnya dari PKM terhadap perkara tertentu dalam perlembagaan yang dianggap menyebelahi orang Melayu.

bersambung....



No comments:

Post a Comment